BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Rabu, 7 Oktober 2009


Universiti Putra Malaysia

Pertama kali kaki menjejak

perasaan ku berbaur antara gembira dan sebak

tenyata impian menjadi seorang mahasiswi termakbul jua

aku kini bergelar mahasiswa...

Pengkhususan Kesusasteraan Melayu

menjadi pilihan hati

mempelajari dan memahami apa itu sastera

adakah seperti setiap orang membayangkan...

Ternyata tidak

amat bertuah ku rasakan

dipilih mendalami ilmu kesusasteraan

ilmu yang sarat dengan pegangan serta falsafah hidup

ilmu yang mengajar erti kehidupan dan ketulusan dalam jiwa

ilmu yang mewarnai setiap kesangsaraan di dunia

ilmu penyembuh luka yang bersarang dijiwa..

Hampir 3 tahun aku di sini

aku seharusnya tidak patut melupakan

perjuangan aku mencapai ijazah sarjana muda hampir ke penghujungnya

terima kasih Universiti Putra Malaysia

kerana banyak mengajarku erti kemanusiaan dan erti kehidupan...

semoga aku mampu menghulurkan kepada anak-anak bangsaku

ilmu yang aku perolehi di sini

agar di manfaatkan kepada generasi akan datang

dan semoga mereka faham

apa itu SASTERA

seperti mana pensyarah2ku fahamkan aku di sini...


0 ulasan: