BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Rabu, 3 November 2010

Dilema

sungguh dilema...
td baru ku buka lmn web upm...tawaran melanjutkan mengajian...alhamdulillah...
aku terus telefon kekasih hati..nampaknya dia kecewa kerana aku nak smbg blaja lg..
huh..tension lak rasa...dia kata tiga tahun dia sabar menanti..kali ni aku seakan-akan diberi pilihan

erm...apa nak buat?nak teruskan sahaja atau hold dulu?
sian jg kat dia lame tggu aku hbs blaja..kdg2 rasa aku ni selfish plak..asyik pk kan pasal aku.lgsg xpk pasal perasaan dia..aku tahu selama aku di upm dia yg byk berkorban..bukan setakat duit,masa dan mcm2 lg

haruskah aku teruskan impian ini atau terkuburkan seketika...
Ya Allah tolonglah hamba Mu ini..tunjukkan jalan yg terbaik utkku...

Jumaat, 1 Oktober 2010

sempurna sudah

alhamdulillah..hari ni tamat lah traning aku...huhhh lega rasa...tp agak cuak bila pk hari isnin dh mula keje...nak kn jumpe klien hari2..huhuhu..nasib2 gni la keje eksekutif..kn pndai2 lah ringankan mulut...

tp 1st day hingga last day traning aku pelik ngan traneer aku ni..nape ye?Dia asyik tgk aku,pggl nama aku...huh..tension gak.sume gerak geri aku dia perhati...smpai aku ngantuk pun dia blh th pdhal aku duk paling belakang...
aduh..sabar je la...hrp2 lps traning ni dh xjumpe dia..aku xsuka la dia..eiiii...

hari isnin,kehidupan ku akan berubah..chayok2 syikin...do ur best..:)

Sabtu, 25 September 2010

cemburu

memang ku akui ku cemburu melihat mu bahagia
entah mengapa,setiap kali kita bertemu rasa di hati masih bergetar..
sedangkan kau perit melihat ku bahagia bersama teman karibmu..
maafkan aku kerna pernah membuatkan mu derita
bukan niatku utk menyakitimu,tetapi silapmu memperkenalkan aku dengannya...

mengapa kau tidak mempertahankan cinta kita dulu jika cinta kau masih wujud terhadapku?
mengapa kau sanggup melepaskan diruku kpd teman baik mu?
persoalan ini sering membelenggu ku
kau kata,kau sayang aku,kau mencintaiku,tapi kau biarkan aku bahagia dengan insan lain...

aku xpernah memilih untuk dijadikan calon suamiku
cukuplah ikhas mencintaiku
bukan wang ringgit yang ku dambakan,cukuplah secebis keikhlasan

kau terlalu bodoh melepaskan aku
aku pernah menyintaimu dulu
sebelum aku ketemuinya
tapi kini segalanya berubah
aku telah dimiliki di depan matamu...

maaf ku pohon kerana membuatkan kau derita hasil kebodohanmu...

Selasa, 21 September 2010

Allah telah merancang sesuatu yang kita xpernah tahu

Sesungguhnya Allah telah merancang kpd kita sesuatu yang kita tidak ketahui...

Ketika aku sedang bergelut utk menyiapkan proses penyambungan master,tiba-tiba dapat pula interview kerja yang agak baik tarafnya.Alhamdulillah,ternyata doa ku selama ini dimakbulkan Allah.Walaupun hanya interview,tp ku rasa amat gembira...

Ku sedar,Allah telah merancang yang terbaik utk hambaNya dan kita tidak pernah tahu rahsianya..Syukur pada Mu ya Allah..semoga KAU permudahkan segala urusanku ya ALLAH...amin

Sabtu, 11 September 2010

Detik-detik bahagia yang dilalui wanita melalui 3M

3M yang dilalui oleh setiap wanita iaitu:merisik,meminang dan menikah...

sungguh tidak ku duga setelah hampir tiga tahun ikatan persahabatan yang diikat,tanggal 11 september 2010,aku telah melalui fasa pertama dalam hidupku...rombongan merisik telah datang petang tadi...hati di dalam bagai dicincang rasanya..tak keruan jadinya disaat bakal mentua bertanya kan ibu tentang ku..alhamdulillah mcm xsangka aku hampir menjadi milik org...

ku tak menduga ternyata kekeruhan perhubungan antara aku dan dia mengundang keberanian untuknya merisik diriku...itu namanya hikmah disebalik kejadian...

dari tadi aku tersenyum bila memikirkannya....mcm xpercaya..mcm ni rasanya bila dirisik...kalau bertunang atau berkahwin nanti xtau la mcm mn...rasa mcm perhubungan ni dh serius dan dia xmain2...tq abang...ku terasa sungguh bahagia..

semoga dipercepatkan jodoh olehNya dengan ikatan perkahwinan..InsyaAllah..amin...

Rabu, 8 September 2010

masa-masa yang terus berputar

semakin hari,umur semakin bertambah...huh...ssh gak dh jadi org dewasa terutama sekali lps hbs stdy ni..byk tggungjawab.ssh nak dpt keje.oleh itu,aku ambk keputusan utk smbg blaja lg.atleast ada gak benda yang aku rasa berbaloi utk masa hdpan.hope aku dpt biasiswa GRA or GRF.leh la aku anta duit kt ma..insyaAllah...

satu lagi,ramai lak sejak beberapa bulan ni kwn2 aku yg nk kawain,yg dh kawin.yg nk dpt anak,yg dh dpt anak...sedih lak rasa,aku xtau ble..boleh plak pak we aku ckp 4 thn lg.huhuhu..frust lak dgr dia ckp cm2..lantak la ko.lau ada jodoh ada.skrg ni,leh la aku nk fokus pd masa depan ku.ma aku lak xksh..huhuhu..aku tau dia lbh suka aku kawin lmbt2...whatever la.aku berserah pada jodoh.lau dh tiba masanya adalah tu..

semakin hari semakin dekat hari konvokesyen yg ke 33..alhamdulillah semua kwn2ku serta aku berjaya menamatkan ijazah sarjana muda.walaupun kami ni byk main2 n suka tangguh2 keje,tp alhamdulillah,kejayaan ttp milik kami kerana perjuangan kami ikhlas.Allah akn sentiasa menolong hamba2 Nya yg ikhlas.but,jgn lak bt alasan mls stdy sbb 2..kami wlaupun pun nmpak sempoi,tp ttp gak stdy,ttp g kuliah n ttp gak wt assgment...
Good Luck buat kwan2 ku yang bakal bergraduat...rindu nak jumpa kwn2 sume..miss u all so much...

Rabu, 11 Ogos 2010

Dipertemukan lagi dengan Ramadhan

alhamdulillah...ni kali ke 24 aku ditemukan dengan ramadhan...dan yang paling penting,aku telah bebas dari status "pelajar".hehehe..alhamdulillah pengajian ku diperingkat ijazah sarjana muda telah selesai.Semoga dimurahkan rezeki untuk menyambung pengajian diperingkat master plak.amin...

tapi taun ni kurang istimewa.walaupun dh xstay kt upm,still xleh berpuasa ngan ma.kena duduk ngan kak long.tp aku ttp bersyukur masih bersama keluarga.hidupku lebih sempurna dari menjadi pelajar dulu.leh gak sahur ngan nasi (dulu roti or maggi je)..huhuhu...

ari pertama puasa kena sahur sorang...xpe la yg penting aku dapat sempurnakan ibadah puasa.

Selasa, 6 Julai 2010

kenapa perlu ada rasa ini?

nape la sejak akhir2 ni aku sll teringat kat sorang ni
aiyooo manyak susah loooo...
kalau dia xdtg keje rs cm xde mood nak keje...
kalau dia blik awl dr aku, trus rasa borink nak buat keje
mcm xde sumber inspirasi.(hehehe poyo gile ayat)...


dia salah gak, awat layan aku cm2...
adoi siap suh orang tanya lagi aku dh ada yg punye ke blm...
ni buatkan aku serba salah nak ngaku ni...wooooo

whatever la
yg penting cinta aku kat my love xpenah pudar
biasa la duk jauh kadang2 nak cuci mata juga...
sori ye sayang..pe2 pun saya tetap sayang mohd suhaimi hamat...peace...

Rabu, 30 Jun 2010

bila tiba masaku

Hampir 3 tahun bercinta,
terasa ingin hubungan ini mendapat persetujuan keluarga
ingin sekali ada ikatan rasmi
sampai bila aku harus berharap?
bila tiba masa dan waktu itu?
bila di kiri dan kananku masing-masing mengecapi kebahagiaan, terasa cemburu di dalam jiwa.
Mengapa tidak aku, yang bisa melangkah ke pelamin itu?

Ya Allah percepatkan jodohku
aku bukan terlalu muda untuk bergelar isteri
dan aku bimbang terlalu tua untuk bergelar ibu...

Ya Allah murahkan rezekiku
semoga cepat memperolehi pekerjaan
untuk ku berbakti kepada orang tuaku
Ya Allah semoga Kau permudahkan segala urusanku....
Amin Ya Rabbal Alamin

kekadang ku masih memerlukan mu

kekadang aku rasa masih perlu utk mempunyai blog. Perjalanan hidup sebagai orang awam dan bukan lagi seorang pelajar agak membebankan fikiran ku.beberapa hari lalu aku disaman oleh JPJ kerana tidak mempunyai lesen motor walhal aku terpaksa menggunakan motor utk ke tempat kerja.Aku tahu memang itu kesalahan ku.

kekadang terdetik difikiranku utk kembali bergelar seorang pelajar.aku rasa aku diciptakan untuk menjadi insan yang terpelajar bukannya mensia-siakan ilmu yang diajar.terkenang kata-kata Dr Zariat bahawa pelajar universiti perlu menggunakan akal dan ilmu yang diberikan. taraf mereka tidak seperti mereka yang tidak terpelajar. Ternyata kini,aku tidak menggunakan ilmu yang telah dibekalkan.mungkin pekerjaan ini tidak sesuai utkku yang mempunyai segulung ijazah...

Rabu, 27 Januari 2010

Aku manusia biasa

ku berlari..
mencari awan biru
mencari sang camar yang terbang tinggi
mencari serpihan kaca-kaca yang aku pecahkan

kenangan bersarang di hati
merindui gelak tawamu
bisakah aku dapat kan kembali
bisakah kau hadir di sisi

aku tersiksa membilang hati
kapan tiba ajalku
tidak bisa membuahkan kemaafan
aku insan biasa tegar melontarkan kata-kata nista

bimbinglah aku untuk mengapai redhaMu
untuk sentiasa menperolehi rahmatMu..
Hanya padaMu aku mengadu
Hanya diriMu yang tahu apa yang tersirat di hatiku

Rabu, 6 Januari 2010

Kembali...

assalamualaikum buat pembaca yg sudi menjengok ke blog ku ini...
agak lama aku xupdate blog ni semenjak kejadian ngeri yang pernah kunjung tiba di dalam dunia persahabatanku..
Semua yang telah berlaku biarkan lah..kata pepatah "Perkara yang lepas jangan dikenang". Semoga hari hadapan yang mendatang lebih baik. Dan semoga tiada lagi kekusutan fikiran selepas ini. Sememangnya tiada ketenangan jika perlaku pertikaian tetapi apakan daya kata maaf sukar untuk diungkapkan walaupun maaf telah lama terpahat di sanubari...
Memori yang telah berlalu tak mungkin dapat di padam dengan sekelip mata dan sejarah yang telah tercipta kan tetap menjadi sejarah..
Sesungguhnya memori 2009 kan tetap terpahat teguh di ruangan minda yang memberi pengajaran dan sempadan di dalam hidup ku. Dengan ini aku kan lebih matang menjalani kehidupan yang mendatang..
Kekadang aku menyalahkan diri sendiri kerana merasakan aku punca segalanya..
Tetapi aku hanya mampu berdoa agar diampuni segala dosa andai aku yang bersalah. mungkin keegoaan yang menebal menyebabkan aku sukar untuk mengalah..
Sebuah persahabatan sungguh indah sehingga aku hanyut di dalam dunia ciptaan aku sendiri tanpa menyedari kesan yang bakal kunjung tiba..
Semuanya itu ku tinggalkan tinggal dan terus tinggalkan

Semoga sinar 2010 memberikan kebahagiaan dan kejayaan yang cemerlang padaku..