BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sabtu, 31 Oktober 2009

lame x menjenguk ke blog

agak lame aku xmenjenguk ke blog ni. Bukannya malas tp wireless ssh tul skrg ni. Xtau la nape.geram aku eh. Ada lg dua minggu aku duk kt kolej ni. Lepas tu...leh blik kg.hahaha...tp mybe blik kedah dl kot. Rndu bangat sama anak sedara aku.huhuhu.

Sabtu, 17 Oktober 2009

Aku rindukan kasih seorang sahabat

Sahabat...
aku merindui kasihmu
kau pernah singgah di dalam hidup ku
tapi mengapa kau sanggup melupakan persahabatan yang pernah terbina ini?
dulu kau pernah berjanji kan sentiasa bersamaku dalam susah dan senang

khabarkan kpdku mengapa kau begitu
apa silapku sehingga kau sanggup memadamkan semua memori yang telah kita cipta
sahabat..
aku benar-benar merinduimu
aku benar-benar mahukanmu di sisi ku

aku tdk pernah mencipta jurang di antara kita
walaupun ku sampai ke menara gading
tetapi nilai persahabatan pada ku tdk pernah pudar
tidak pernah luput segala memori kita dulu

sahabat..
aku menyanyangimu
aku merinduimu
aku inginkan mu

sahabat..
ampunilah diri ku seandainya pernah melukankan hatimu
sahabat sebelum segalanya terlambat
hadirlah menemuiku
aku ingin meluahkan padamu
segala isi hati yang terpendam di dalam kamar hatiku
aku ingin kau tahu segalanya...

Jumaat, 16 Oktober 2009

Kelas multimedia.

mula-mula masuk kursus bbk3408, rasa macam tension je. Ape taknya ada je keje yg kena wt dlm kls. dah la kerja2 yg diberikan betul2 perlu menggunakan kecekapan emosi dan jasmani.
tiap2 hari khamis mesti kau rs tension..huhuhu

tp dlm beberapa mggu kebelakangan ni,
aku rs best la plak kls multimedia ni
byk benda yg aku belajar n campur ngan kls lap.
aku dpt blaja wt blog,facebook,ambk gmbr dgn pelbagai posisi, wt arca,wt video klip n mcm2 lg la
lam lap plak dpt wt movie maker,homepage,pwr point,e-sastera
sume 2 aku xprnh pun buat
aku ni jenis yg xberapa sk on9
but,skrg pntg dpt wireless,mula la aku
hehehe
tp aku lihat sume 2 dr sudut yg positif
aku percaya setiap guru hanya menberikan yg terbaik buat anak didiknya
aku th ini sume utk masa depan kami bagi bersaing dgn pelbagai manusia di luar sana
tdk semestinya mengambil jurusan kesusasteraan Melayu kena belajar subjek yg berkaitan
but,kn la th hal2 lain...
betulkan
ape2 pun, thnx buat lectre tersyg dr Normaliza Abd Rahim kerana mengajar dgn penuh kesabaran dan berdeikasi
semoga Allah membls segala budi baik Dr...

Hari ni nk "shooting"



Hari ni group multimedia aku nk strt" shooting" tuk vidoe klip...
nantikan kemunculan kami dlm youtube ok
jgn lupe komen tau.
hehehe
gerenti terbaik dari ladang...

Selasa, 13 Oktober 2009

keliru

Betul ke orang kata kita semakin belajar semakin byk ilmu yang kita xth...
aku sebenarnya berada di zon konfius yg melampau.
aku telah mendapati,terdapat beberapa pensyarah yang bercanggah fakta di dalam menyampaikan pengajaran. Ada pensyarah yang terlalu obses dengan tajuk yang di ajar sehinggakan mampu mencairkan fahaman yang aku pegang selama ini. Sedangkan aku rasa fahaman ku selama ini betul. Tetapi sebenarnya banyak yang xbetul...
mana satu yang aku nk ikut sebenarnya?
aku kekadang keliru dengan semua ilmu yg aku dapat.aku xth yg mana satu yang aku nk pilih dan jadikan sumber pemikiran untuk aku terus berjuang dalam bidang sastera. Aku seolah2 terasa terpanggil untuk menerangkan pada masyarakat bila sastera di katakan sebagai sebuah karya picisan dan sesuai bagi manusia yang berkhayal. Pada hakikatnya itu bukanlah sastera yang sebenar. Sastera yang sebenar adalah sastera yang mengangkat ilmu dan menolak segala unsur tahyul dan khurafat. Sastera yang ditakrifkan di sisi islam adalah sastera yang mengangkat ilmu pengetahuan bukannya yang menceritakan unsur2 yang bawahan dan mengagung2kan hawa nafsu kehaiwanan.

Isnin, 12 Oktober 2009

Alhamdulillah...

Alhamdulillah...
dh settle pun multimedia
td stress kejap
xleh nk buka homepage
huhuhu..
tp alhamdulillah...
ats pertolongan kawan2 blh buka
terima kasih kawan2
u all memag sporting la...
hehehe
nati aku kawin jemput g umh ye
tp xtau ble
hehehe...

lap multimedia

arini kls last lap multimedia...
kn presnt homepage
nk bt senang tp nk siapkan susah.
risau kot2 xlek buka
huhuhu...
wish me gud luck

Jumaat, 9 Oktober 2009

Ha ha ha...kena beli buku



padan muka aku...
kena beli buku hujung2 sem ni
dh la 50 ringgit

kena beli buku kewartawanan plak 2
alamatnya aftr this, aku kn ubah cita-cita aku
aku nk jd seorang wartawan yang berjaya

xpe la
lg pun ilmu 2
mn la tau aku btl2 dpt jd wartawan kan
lg pun cita2 2 ada ms kecik2 dl
sbb 2 la aku ambk minor komunikasi...

Kelas multimedia




sebenarnya,
aku suka kls multimedia ni
walaupun byk krja
tapi dlm kls ni baru aku sedar yang aku semakin rapat dgn rakan2 sekuliahku

yela...
skrg ni kami ada blog,facebook
dlm masa yg sama kami dapat berkongsi masalah dan luahan isi hati kawan2
dan blh knl latar belakang keluarga
walaupun seblm ni kami hmpr 3 tahun bersama
tapi,kali ni rasanya lebih "close"

terima kasih dr Normaliza
kerana pertemukan kepada kami sesuatu yang baru...

Khamis, 8 Oktober 2009

Ape? 2 minggu lagi?



Biar betul
2 minggu lagi kuliah utk sem ni?
mksudnya,ada lagi 2 minggu utk aku menamatkan sesi pembelajaran bagi sem ni
ape yang aku dapat sem ni?
ape yang aku blaja sem ni?
huhuhu
aku xth...

cepatnya masa berlalu...
dh la dh final year
nati..
buka sem ni,
aku dh final sem

oh tidak...
aku xbersedia nk hadapi kehidupan kt luar 2
aku nk still kat cni..

tolong...
xse gi...

Masa yang berlalu begitu pantas

Amat pantas masa berlalu
kekadang kita terlupa yang masa itu akan pergi
Meninggalkan masa yang pernah hadir...

Ku rasakan baru semalam ia hadir
tetapi hari ini ku dipaksa pergi
benarlah kata-kata saidina Ali
"Masa ibarat pedang,jika kamu tidak menggunakannya,nescaya ia akan memotongmu"
baru ku sedari hakikat itu
ketika aku mengalaminya...

Dan masa terus berputar
tanpa meninggalkan secalit peringatan
tanpa meninggalkan satu pengertian
tanpa meninggalkan nafas-nafas keinsafan.

Masa yang terus berlalu
kan terus berlalu
dan pada suatu masa
akan terjadi jua
suatu perpisahan
perpisahan yang hakiki
dan masa itu
takkan kembali
terus berlalu
dan jauh berlalu...

Rabu, 7 Oktober 2009


Universiti Putra Malaysia

Pertama kali kaki menjejak

perasaan ku berbaur antara gembira dan sebak

tenyata impian menjadi seorang mahasiswi termakbul jua

aku kini bergelar mahasiswa...

Pengkhususan Kesusasteraan Melayu

menjadi pilihan hati

mempelajari dan memahami apa itu sastera

adakah seperti setiap orang membayangkan...

Ternyata tidak

amat bertuah ku rasakan

dipilih mendalami ilmu kesusasteraan

ilmu yang sarat dengan pegangan serta falsafah hidup

ilmu yang mengajar erti kehidupan dan ketulusan dalam jiwa

ilmu yang mewarnai setiap kesangsaraan di dunia

ilmu penyembuh luka yang bersarang dijiwa..

Hampir 3 tahun aku di sini

aku seharusnya tidak patut melupakan

perjuangan aku mencapai ijazah sarjana muda hampir ke penghujungnya

terima kasih Universiti Putra Malaysia

kerana banyak mengajarku erti kemanusiaan dan erti kehidupan...

semoga aku mampu menghulurkan kepada anak-anak bangsaku

ilmu yang aku perolehi di sini

agar di manfaatkan kepada generasi akan datang

dan semoga mereka faham

apa itu SASTERA

seperti mana pensyarah2ku fahamkan aku di sini...


Selasa, 6 Oktober 2009

Rindunya...


Rindunya kat anak sedara tersayang
Mohd Nur Syahmim Naqib
Mst dh tembam ank sedara aku 2
Geramnya...
Ble la dpt jumpe
Che Ngah doakan moga naqib shat dan jd anak yg soleh
Jgn lupe nek ma tau dh besar nanti...

Banyak nya keje aku...

Byknya keje aku...
mcm ni la jd mahasiswa
dkt2 nk final exam ni.mkn byk la assgment yg kn di settlekan
komunikasi massa.komunikasi kum kecil,multimedia,prject paper..
Aduh...
peningnya...
Nk smbung master mcmmn
Bacelor pn xlrt
tp aku akn pastikan aku akan smbung jg
Insyaallah lau ada rezeki...

Sabtu, 3 Oktober 2009

cuti...


walaupun cuti hari ni...
tp byknya keje aku...
smlm br dpt assgment baru
komunikasi massa...
aduh..
punye la ssh
kalut2 nk final exm br dpt assgnment..
dh la assgment yg sedia ada lum finish lg..
tambah lagi yg baru...

hari ni aku rs xberapa cht lg
still pening kepala,selesema,batuk2..
letih sgt rs
smlm kn tido awl
kepala asyk pening2 je

xpe la
sume 2 ujian
biasala dh pun bergelar mahasiswa
mst la cabaran dan dugaan byk...
yg penting..usaha dan terus berusaha..

Jumaat, 2 Oktober 2009

Indah hidup ini...

Betapa indah hidup ku ini
dikelilingi sahabat yang setia di sisi
Tak kira apa yang terjadi
Sahabatku tetap di sisi...

Terima Kasih buat sahabat2ku
Betapa daku menyanyangimu...
Di kau bersusah payah
Demi daku sahabatmu...

Tanpa kita sedari
betapa cepat masa berlalu
hampir 3 tahun kita di sini
mengejar ilmu mencapai impiam

sahabat...
selamat berjuang
walau di mana kita selepas ini
jangan di kau lupa
kenangan kita yang telah terbina

kolej pendeta zaaba,2007
Bacelor Sastera( Kesusasteraan Melayu)
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi.
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Khamis, 1 Oktober 2009

Hari ini begitu mindaku dibebani dengan pelbagai "kerja" yang harus disiapkan segera. Ternyata cuti seminggu benar2 membebani setelah ku tiba kembali ke pangkuan bonda UPM...

Amat sukar bergelar mahasiswa..
Demi mendapatkan segulung ijazah...
segunung lautan api harus aku redahi...

Dengan kesihatan yang terbatas, aku harus benar2 cekal melakukan tugasan yang diminta oleh para pensyarah...

Dan yang paling aku" stress" aku lupa kata laluan blog dan facebook ku
habis semua homework yang dr Normaliza suh buat...

Nampaknya...semakin banyak "kerja" ku.

huhuhuhu....
dugaan semuanya...
selagi terdaya aku kan hadapi
Ya Rabbi...
Tabahkan dan kuatkan hati hambaMu ini...