BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Rabu, 30 Jun 2010

kekadang ku masih memerlukan mu

kekadang aku rasa masih perlu utk mempunyai blog. Perjalanan hidup sebagai orang awam dan bukan lagi seorang pelajar agak membebankan fikiran ku.beberapa hari lalu aku disaman oleh JPJ kerana tidak mempunyai lesen motor walhal aku terpaksa menggunakan motor utk ke tempat kerja.Aku tahu memang itu kesalahan ku.

kekadang terdetik difikiranku utk kembali bergelar seorang pelajar.aku rasa aku diciptakan untuk menjadi insan yang terpelajar bukannya mensia-siakan ilmu yang diajar.terkenang kata-kata Dr Zariat bahawa pelajar universiti perlu menggunakan akal dan ilmu yang diberikan. taraf mereka tidak seperti mereka yang tidak terpelajar. Ternyata kini,aku tidak menggunakan ilmu yang telah dibekalkan.mungkin pekerjaan ini tidak sesuai utkku yang mempunyai segulung ijazah...

0 ulasan: