BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Rabu, 6 Januari 2010

Kembali...

assalamualaikum buat pembaca yg sudi menjengok ke blog ku ini...
agak lama aku xupdate blog ni semenjak kejadian ngeri yang pernah kunjung tiba di dalam dunia persahabatanku..
Semua yang telah berlaku biarkan lah..kata pepatah "Perkara yang lepas jangan dikenang". Semoga hari hadapan yang mendatang lebih baik. Dan semoga tiada lagi kekusutan fikiran selepas ini. Sememangnya tiada ketenangan jika perlaku pertikaian tetapi apakan daya kata maaf sukar untuk diungkapkan walaupun maaf telah lama terpahat di sanubari...
Memori yang telah berlalu tak mungkin dapat di padam dengan sekelip mata dan sejarah yang telah tercipta kan tetap menjadi sejarah..
Sesungguhnya memori 2009 kan tetap terpahat teguh di ruangan minda yang memberi pengajaran dan sempadan di dalam hidup ku. Dengan ini aku kan lebih matang menjalani kehidupan yang mendatang..
Kekadang aku menyalahkan diri sendiri kerana merasakan aku punca segalanya..
Tetapi aku hanya mampu berdoa agar diampuni segala dosa andai aku yang bersalah. mungkin keegoaan yang menebal menyebabkan aku sukar untuk mengalah..
Sebuah persahabatan sungguh indah sehingga aku hanyut di dalam dunia ciptaan aku sendiri tanpa menyedari kesan yang bakal kunjung tiba..
Semuanya itu ku tinggalkan tinggal dan terus tinggalkan

Semoga sinar 2010 memberikan kebahagiaan dan kejayaan yang cemerlang padaku..

0 ulasan: