BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Selasa, 16 April 2013

ku di myeg...

salam buat semua kenalan..
sudah sekian lama tidak bersua
dengan kesibukan dan kekangan waktu bergelar isteri dan pekerja membataskan diri ku untuk terua berkarya di dalam blog ini...
apa khabar rakan taulan di UPM?
semoga semuanya sihat sejahtera..
buat pengetahuan semua ku sudah pun mendirikan rumah tangga pada 1/06/12 dan kini sedang bekerja di myeg services berhad di dalam bidang pegawai kawalan kredit.agak terpesong dengan pengajian ku..semoga ada di antara sahabat yang sudi 'update' status terkini...silakan...

Rabu, 29 Februari 2012

92 hari lagi

xsangkakan...kejap je masa berlalu...tempoh ikatan hampir setahun..genap setahun beralih ke tahap seterusnya..Hampir 92 hari lg,status ku akan bertukar..InsyaAllah..semoga di permudahkan segala urusan ku..Amin

Rabu, 18 Mei 2011

kenapa dia hadir bukan pada masanya

di saat aku sedang menghitung hari saaat bahagiaku,
hadir seseorang yg memenuhi ciri2 kesempurnaan
terlalu sempurna bagiku
tetapi kenapa dia hadir bukan pada masanya
kenapa dia xhadir 3 thn yg lalu?

maafkan aku kekadang fikiranku tidak memikirkan mu
kadang rindu ku bukan milikmu
kekadang arah cintaku berpaling dari mu

aku hanya wanita biasa
ada rasa cinta biasa
aku bukan malaikat
tulus suci jiwanya

walau aku cuba menimpis ia tetap juga kunjung tiba
apa yang harus aku lakukan
adakah ini dugaan atau satu petunjuk dariNYA
haruskah aku meneruskan semuanya
atau perlu merubah segalanya?
aku buntu...

Selasa, 8 Februari 2011

Di Pertengahan perjalanan

tanggal 6.1.2011 genaplah perkenalan yang terjalin di antara aku dan dia...dan tahun 2011 jg memberi ku kenikmatan kerana berjaya memperolehi pekerjaan yang boleh menjamin masa depanku..alhamdulillah...

Nampaknya ma telah memberi "green light"...insyaAllah kalau tiada aral merintang 14.6.2011 peminangan dr pihak lelaki akan tiba...semoga berjalan lancar...Amin....

Rabu, 3 November 2010

Dilema

sungguh dilema...
td baru ku buka lmn web upm...tawaran melanjutkan mengajian...alhamdulillah...
aku terus telefon kekasih hati..nampaknya dia kecewa kerana aku nak smbg blaja lg..
huh..tension lak rasa...dia kata tiga tahun dia sabar menanti..kali ni aku seakan-akan diberi pilihan

erm...apa nak buat?nak teruskan sahaja atau hold dulu?
sian jg kat dia lame tggu aku hbs blaja..kdg2 rasa aku ni selfish plak..asyik pk kan pasal aku.lgsg xpk pasal perasaan dia..aku tahu selama aku di upm dia yg byk berkorban..bukan setakat duit,masa dan mcm2 lg

haruskah aku teruskan impian ini atau terkuburkan seketika...
Ya Allah tolonglah hamba Mu ini..tunjukkan jalan yg terbaik utkku...

Jumaat, 1 Oktober 2010

sempurna sudah

alhamdulillah..hari ni tamat lah traning aku...huhhh lega rasa...tp agak cuak bila pk hari isnin dh mula keje...nak kn jumpe klien hari2..huhuhu..nasib2 gni la keje eksekutif..kn pndai2 lah ringankan mulut...

tp 1st day hingga last day traning aku pelik ngan traneer aku ni..nape ye?Dia asyik tgk aku,pggl nama aku...huh..tension gak.sume gerak geri aku dia perhati...smpai aku ngantuk pun dia blh th pdhal aku duk paling belakang...
aduh..sabar je la...hrp2 lps traning ni dh xjumpe dia..aku xsuka la dia..eiiii...

hari isnin,kehidupan ku akan berubah..chayok2 syikin...do ur best..:)

Sabtu, 25 September 2010

cemburu

memang ku akui ku cemburu melihat mu bahagia
entah mengapa,setiap kali kita bertemu rasa di hati masih bergetar..
sedangkan kau perit melihat ku bahagia bersama teman karibmu..
maafkan aku kerna pernah membuatkan mu derita
bukan niatku utk menyakitimu,tetapi silapmu memperkenalkan aku dengannya...

mengapa kau tidak mempertahankan cinta kita dulu jika cinta kau masih wujud terhadapku?
mengapa kau sanggup melepaskan diruku kpd teman baik mu?
persoalan ini sering membelenggu ku
kau kata,kau sayang aku,kau mencintaiku,tapi kau biarkan aku bahagia dengan insan lain...

aku xpernah memilih untuk dijadikan calon suamiku
cukuplah ikhas mencintaiku
bukan wang ringgit yang ku dambakan,cukuplah secebis keikhlasan

kau terlalu bodoh melepaskan aku
aku pernah menyintaimu dulu
sebelum aku ketemuinya
tapi kini segalanya berubah
aku telah dimiliki di depan matamu...

maaf ku pohon kerana membuatkan kau derita hasil kebodohanmu...